Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Van Jenazah Masjid Darus Sakinah, Permudah Urusan Jenazah Komuniti Islam Di Batu Kawa

By 18 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Masjid Darus Sakinah, Kampung Sinar Budi Baru di sini menjadi masjid pertama di kawasan Batu Kawa yang dilengkapi kemudahan van jenazah.

Dr. Hatta – ‘Sumbangan ini diharap dapat memudahkan urusan fardhu kifayah masyarakat Islam Batu Kawa.

Kemudahan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk kampung malah menyediakan perkhidmatan tersebut kepada semua komuniti Islam di sekitar Batu Kawa.

Menurut Pengerusi Yayasan OBYU Datuk Dr Hatta Solhi, sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yayasan berkenaan dalam membantu meringankan urusan komuniti Islam.

“Van jenazah ini diharap dapat memudahkan pengurusan jenazah kepada komuniti Islam memandangkan sebelum ini mereka amat bergantung kepada perkhidmatan van jenazah dari Petra Jaya,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan rasmi van jenazah dan perasmian bilik pengurusan jenazah di masjid berkenaan, semalam.

Dr Sim (tengah) berkesempatan meninjau bilik pengurusan jenazah baharu di Masjid Darus Sakinah.

Tambah beliau, Yayasan OBYU terus komited menyokong inisiatif kemasyarakatan dan keagamaan yang memberi impak positif kepada rakyat.

Pengerusi Masjid Darus Sakinah Sarum Putit ketika ditemui turut melahirkan rasa syukur atas sumbangan tersebut dan apabila Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan pembukaan bilik pengurusan jenazah.

“Selepas ini, urusan fardhu kifayah masyarakat Islam di kawasan Batu Kawa akan lebih mudah dan dapat disegerakan memandangkan kedua-dua fasiliti tersebut telah tersedia di masjid ini,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda