
Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisha Farnoh
ALOR GAJAH, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – “Setiap kibaran Jalur Gemilang itu adalah saksi keringat perjuangan, serta janji kita kepada tanah air bahawa kita akan terus menjaga, menyubur dan memajukan negara ini dengan penuh rasa cinta”.

Ketua Menteri Melaka menyempurnakan gimik peluncuran.
“Dalam semangat patriotik yang kita raikan malam ini, suka saya ingatkan bahawa setiap bendera yang dikibarkan adalah benih kepada perpaduan. Ia menyatukan kita sebagai satu keluarga besar tanpa mengira kaum dan agama,” kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau, berkata demikian di Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Melaka sempena Majlis Perasmian Penutupan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia pada Sabtu, di Dataran Keris Alor Gajah, kelmarin.

Orang ramai yang hadir turut bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.
Menurutnya Ketua Menteri Melaka program WRUR juga menyemai semangat cintakan tanah air di seluruh negeri Melaka.
“Sambutan kemerdekaan negara mengangkat tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ sejajar dengan komitmen program WRUR yang mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan prinsip keadilan, perpaduan dan kebajikan setiap rakyat,” katanya.
-RI





