Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Memancing Merdeka Eratkan Ukhuwah, Semarakkan Malaysia MADANI

By 19 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – Suasana di Kampung Kuala Dingin meriah dengan penganjuran Pertandingan Memancing Merdeka anjuran Komuniti MADANI Selama sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, semalam.

Ustaz Shamsul, menyifatkan program ini amat bermakna kerana ia mengingatkan tentang pengorbanan mempertahankan tanah air serta pentingnya nilai perpaduan.

Penyertaan penduduk pelbagai lapisan usia menjadikan acara itu bukan sekadar pertandingan memancing, malah menjadi wadah menyemai semangat patriotisme, mengeratkan ukhuwah dan menzahirkan kebersamaan komuniti.

Imam Masjid Al-Falah Selama Ustaz Shamsul Anuar Mahmudin, berkata program itu bermakna kerana ia mengingatkan masyarakat tentang pengorbanan mempertahankan tanah air serta pentingnya nilai perpaduan.

“Sebagai bekas anggota tentera, saya melihat pertandingan ini lebih daripada sekadar hobi. Ia adalah cara untuk kita mengenang jasa pejuang terdahulu dan menghargai nikmat kemerdekaan,” katanya.

Semua peserta bergambar beramai-ramai sambil melaungkan merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang.

Lebih menarik, peserta diwajibkan menggunakan batang buluh atau benbang sebagai joran, bagi menghayati pengalaman orang lama mencari rezeki sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Saayah Tamser, 68, yang muncul juara selepas berjaya menaikkan ikan haruan seberat 1.2 kilogram, menambahkan kemeriahan acara lebih-lebih lagi apabila kemenangan itu diraikan dalam suasana penuh semangat kemerdekaan.

Selain itu, kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang turut dilancarkan bagi menyemarakkan lagi kecintaan rakyat terhadap Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan dan kebanggaan negara.

-Ri

Tinggalkan komen anda