Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Semangat Patriotik Semarak Karnival Hari Kebangsaan Hari Malaysia Parlimen Rasah 2025

By 25 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar/Jaitripta Kaur

SEREMBAN, 25 Ogos (MalaysiaAktif) – Hari Kebangsaan Hari Malaysia perlu diraikan bagi menanam rasa cintakan kepada tanah air.

Simbolik perasmian Karnival Hari Kebangsaan Hari Malaysia oleh Cha Kee Chin.

“Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini wajib diadakan setiap tahun bagi memupuk kepentingan perpaduan, keharmonian serta rasa cinta kepada tanah air.

“Dengan kejayaan karnival Hari Kebangsaan Hari Malaysia Parlimen Rasah 2025 ini membuktikan bahawa penduduk di sini amat menjiwai semangat patriotik,” kata Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival berkenaan di Padang Awam Kuaters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin.

Karnival yang berlangsung dengan semangat penuh patriotik itu dihadiri lebih 700 orang masyarakat setempat daripada pelbagai kaum dan lapisan umur.

Antara penduduk tempatan yang hadir.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pertandingan tarik tali, persembahan kebudayaan serta jualan usahawan tempatan.

-RI

Tinggalkan komen anda