Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Novel Sejarah Tok Janggut Semarakkan Dekad Membaca dan Patriotisme di Kelantan

By 26 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Rosli Muhammad

PASIR PUTEH, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Perjuangan Tok Janggut bukan sekadar kisah sejarah tetapi cerminan keberanian, pengorbanan dan nilai kemerdekaan yang harus dipelajari.

Antara peserta yang hadir.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur Ariza Che Ismail berkata kisah perjuangan Tok Janggut perlu dilihat seiring dengan usaha membina bangsa melalui ilmu pengetahuan kerana membaca juga adalah satu bentuk perjuangan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berwawasan dan berjati diri.

“Dan sekolah merupakan tapak terbaik untuk menyemai kecintaan terhadap ilmu sejak peringkat awal,” katanya.

Justeru, sempena Dekad Membaca Kebangsaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 peringkat negeri Kelantan, DBP Kelantan menganjurkan Program Pelancaran dan Bicara Buku Novel Sejarah di Dewan Haji Salleh, Sekolah Kebangsaan Panggong, di sini semalam.

Jualan buku-buku oleh DBP yang menawarkan diskaun yang menarik.

Sesi bicara buku tersebut menyorot pengorbanan Tok Janggut sebagai tokoh pejuang Kelantan yang menjadi simbol keberanian serta kecintaan terhadap tanah air, selain menghubungkan semangat perjuangan dengan kepentingan menuntut ilmu.

Program berkenaan turut menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan mendapat sambutan hangat daripada warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat yang hadir meraikan warisan sejarah serta meneguhkan semangat kebangsaan.

-RI

Tinggalkan komen anda