Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Persediaan Monsun Timur Laut Mantapkan Kesiapsiagaan Pasir Puteh

By 26 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azmi Abd Rahman

PASIR PUTEH, 26 Ogos (MalaysiaAktif) – Latihan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan terhadap kemungkinan berlaku bencana dan kecemasan.

Ketua Jajahan Pasir Puteh dan ketua-ketua jabatan yang terlibat turut serta dalam demonstrasi menyelamat

Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jajahan Kamaruzaman Ab. Wahab berkata justeru Program Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 peringkat Jajahan Pasir Puteh, di sini hari ini membuktikan pendekatan itu bukan sekadar di atas kertas, sebaliknya dilaksanakan secara nyata apabila bencana berlaku.

“Persediaan awal amat penting supaya tindakan dapat diambil dengan lebih cekap, efisien dan menyeluruh.

“Program ini memberi penekanan kepada empat modul utama iaitu pengenalan kawasan risiko banjir dan Tatacara Operasi Standard (SOP) bencana, simulasi amaran awal serta pemindahan mangsa, latihan pengendalian bot dan menyelamat mangsa, serta pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Antara agensi-agensi keselamatan yang terlibat.

Program yang menghimpunkan pelbagai agensi keselamatan dan jabatan teknikal itu bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kecekapan semua pihak dalam menghadapi risiko banjir yang saban tahun memberi kesan terhadap keselamatan, harta benda dan sosioekonomi penduduk.

Turut hadir ialah wakil agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda