Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pertolongan Cemas, CPR Mampu Selamatkan Nyawa

By 27 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Khairul Anuar Abdul Razab

GUA MUSANG, 27 Ogos (MalaysiaAktif) – Setiap individu wajar memiliki pengetahuan asas mengenai bantuan kecemasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) agar dapat bertindak dengan betul apabila berdepan situasi kecemasan.

Menurut Pakar Kecemasan Hospital Gua Musang Dr. Mohamad Akram Ghazali, kesedaran tentang CPR sangat penting dan orang ramai digalakkan mengikuti kursus atau program latihan bagi mempelajari teknik pertolongan cemas asas melalui saluran yang sah.

Taklimat mengenai cara membuat CPR yang betul.

“Hari ini hampir 200 peserta terlibat dalam latihan CPR sempena Karnival Cakna CPR dengan penyertaan daripada agensi kerajaan dan badan swasta di Gua Musang, melibatkan pelbagai jawatan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian karnival tersebut di sebuah pasaraya di sini, semalam.

Salah seorang peserta, Pembantu Tadbir Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Gua Musang Ahmad Khuzaimi Mohd Rosni menyifatkan pendedahan itu sangat penting kerana masyarakat perlu peka dengan tindakan awal yang perlu diambil sementara menunggu bantuan perubatan profesional.

Ahmad Khuzaimi sedang mencuba kaedah CPR yang betul.

“Ini kali pertama saya menyertai latihan CPR dan saya berpendapat setiap individu wajar mempelajari ilmu ini kerana kita tidak dapat menjangka bila kecemasan akan berlaku,” katanya.

Selain latihan CPR, karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan pameran oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, serta perkhidmatan kesihatan termasuk pemeriksaan kesihatan, Pap Smear dan derma darah oleh Hospital Gua Musang.

-RI

Tinggalkan komen anda