Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Semarak Merdeka Warnai PPDK Tanjung Bendahara

By 27 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 27 Ogos (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tanjung Bendahara telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan 2025 dengan penuh semangat patriotik melibatkan pelatih, waris, guru, petugas dan Ahli Jawatankuasa PPDK.

Pelatih PPDK, Mohd Ridaudin Ahmad, 41, mendeklamasikan puisi kemerdekaan.

Acara dimulakan dengan Perarakan Merdeka mengelilingi kawasan PPDK yang disertai pelatih bersama guru dan waris, sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga. Suasana ceria dan meriah turut diserikan dengan laungan “Merdeka!” oleh para peserta.

Program diteruskan dengan Pertandingan Pakaian Beragam yang menampilkan kreativiti pelatih dalam membawa tema kemerdekaan.

“Walaupun anak-anak istimewa mungkin belum benar-benar memahami erti kemerdekaan, namun kita jangan lupa untuk terus menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

“Usaha kecil ini mampu menjadi asas membentuk jati diri serta rasa bangga terhadap tanah air yang kita cintai bersama,” kata Pengerusi PPDK Tanjung Bendahara, Mohammad Johari Awang dalam ucapan perasmiannya.

Sambutan hari lahir pelatih PPDK yang diraikan bersama-sama.

Sementara itu, waris kepada salah seorang pelatih Sakinah Abd Samad, menyatakan rasa terujanya dengan penganjuran program itu yang menurutnya dapat mengeratkan hubungan antara waris, guru, petugas dan pelatih dalam suasana penuh kemerdekaan.

Acara kemuncak diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan, diikuti jamuan makan dan sesi bergambar kenangan bersama pelatih, waris dan petugas PPDK sebagai simbolik semangat perpaduan.

-RI

Tinggalkan komen anda