Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Lengkap Siasatan Kes Jalur Gemilang Dipasang Terbalik di Batu Caves

By 28 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis di Batu Caves, di sini pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.29 pagi.

“Pasukan bomba telah hadir bagi membantu menurunkan bendera berkenaan.

“Tindakan siasatan telah dilengkapkan setelah polis merakam percakapan pemilik premis serta individu yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Terdahulu, tular gambar yang memaparkan anggota bomba sedang menurunkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah premis di Batu Caves.

-RI

Tinggalkan komen anda