Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Disambut Meriah Masyarakat Siam Pendang

By 29 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 28 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI@Merdeka sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pendang disambut meriah oleh hampir 200 orang masyarakat Siam.

“Saya berbangga melihat masyarakat Siam di kawasan ini bersatu hati dan mengakui kejayaan penganjuran program ini membuktikan kerjasama erat yang mampu merapatkan ikatan antara penduduk,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Suraya Yaakob.

Beliau berkata demikian ketika mersamikan program di Watt Visutthipradittharam, Kampung Titi Akar, di sini semalam.

Suraya menegaskan tempoh 68 tahun kemerdekaan bukanlah suatu masa yang singkat, namun keamanan negara boleh tergugat sekiranya rakyat memilih untuk bertegang urat antara satu sama lain.

Edaran bahan penerbitan mengenai Jalur Gemilang kepada para pengunjung.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Pendang Syamimi Aaizag Ibrahim merakamkan penghargaan kepada masyarakat setempat  yang hadir dan memberikan sokongan yang amat menggalakkan.

Menurutnya, kesepakatan yang ditunjukkan, meskipun berbeza agama dan budaya, menjadi contoh baik kepada individu lain dalam mengekalkan keharmonian berbilang kaum.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk terus menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang melalui Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang serta mengingatkan mereka memasangnya dengan cara yang betul dan melupuskan Jalur Gemilang lusuh melalui kaedah yang berhemah.

-RI

Tinggalkan komen anda