Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Sambutan Ambang Merdeka Malam Ini Di Banda Hilir

By 30 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 30 Ogos (MalaysiaAktif)– Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2025 akan berlangsung di Persiaran Merdeka, Banda Hilir, di sini malam ini.

Ketua Menteri Melaka bersama pengunjung yang hadir di sesi raptai.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata setiap tahun, detik itu cukup istimewa sekali gus mahu agar persiapan akhir berjalan lancar bagi membolehkan Melaka menikmati sambutan penuh warna-warni.

“Detik sebenar Ambang Merdeka malam ini pastinya lebih meriah, ada ramai artis termasuk Amy Search, Ameng Spring, Dr. Soo Wincci, Floor 88 dan ramai lagi yang akan membuat persembahan hebat menggegarkan pentas di Banda Hilir.

Pelbagai persembahan akan diadakan pada malam ini.

“Buat semua rakyat Malaysia khususnya di negeri Melaka, jom meriahkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Tahun 2025 peringkat Negeri Melaka, malam ini, disusuli Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun 2025 Peringkat Negeri Melaka pada pagi Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025, di sini semalam.

-FN-

Tinggalkan komen anda