Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan HKHM Perlu Jadi Budaya untuk Generasi akan Datang

By 31 Ogos 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Wan Izati (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 31 Ogos (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia (HKHM) merupakan satu amalan yang perlu diraikan bersama keluarga serta masyarakat agar semangat patriotik dapat terus diwarisi.

Penyertaan pelajar Tabika KEMAS dalam program HKHM  anjuran Komuniti MADANI Kampung Badri dan KEMAS.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Badri Mohammad Sanif Abu berkata penglibatan semua kaum daripada pelbagai peringkat umur menjadikan program HKHM 2025 medan mengeratkan perpaduan dan menyuntik kesedaran tentang pentingnya menjaga keamanan negara.

Menurutnya lagi, program anjuran komuniti tersebut dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Perkarangan Surau Ihsaniah, di sini semalam berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian.

Guru Tabika KEMAS Parit 21 Zaleha Wahab, berkata sambutan HKHM wajar diraikan dengan penuh meriah kerana selain memupuk semangat cinta akan negara, ia turut membantu mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

“Ia juga akan menjadi kenangan buat mereka apabila dewasa dan diteruskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Penyertaan ahli keluarga dalam aktiviti yang dilaksanakan dapat merapatkan hubungan.

Antara acara yang dianjurkan termasuk perarakan kemerdekaan sejauh 200 meter, sukaneka, pertandingan motosikal dan basikal berhias serta pertandingan pakaian beragam.

Seorang ibu kepada pelajar Tabika KEMAS Taman Desa Bernam Batu 10, Thulasi Muniandy, 35, hadir bersama dua anaknya untuk menyertai program berkenaan sejak awal pagi.

“Pengisian dan aktiviti yang menarik, ditambah dengan taklimat kenegaraan, berjaya menanam semangat untuk menyayangi negara,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda