Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belanjawan Selangor 2026 Tumpu pendidikan – Amirudin

By 31 Ogos 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Kerajaan Negeri akan memberi penekanan khusus kepada sektor pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2026.

Amirudin bersalam dengan hadirin ketika hadir merasmikan program Semarak Hari Kebangsaan di Kampung Nakhoda.

Beliau, berkata kerajaan negeri mahu menjadikan pendidikan sebagai keutamaan kerana ia adalah pelaburan untuk masa depan rakyat.

“Pendidikan bukan hanya tentang subjek seperti sains, matematik atau bahasa, tetapi juga melibatkan pembentukan akhlak dan nilai.

“Hari ini, anak-anak kita bukan saja belajar di sekolah, tapi juga ‘diasuh’ oleh media sosial,” katanya.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata demikian ketika merasmikan program Semarak Hari Kebangsaan peringkat Kampung Nakhoda, di sini semalam.

Lafaz ikrar Rukun Negara oleh penduduk Kampung Nakhoda.

Menurut Amirudin, cabaran media sosial semakin membimbangkan apabila banyak trend luar yang tidak sesuai dengan budaya tempatan diikuti oleh generasi muda.

“Trend prank misalnya, ada yang sampai melampau hingga boleh membahayakan nyawa.

“Kalau kita ikut membuta tuli tanpa faham budaya dan asasnya, akhirnya hanya akan mengundang keburukan,” jelasnya.

 

Tinggalkan komen anda