Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Larian Merdeka 4KM Ikat Silaturahim, Semarak Semangat Cinta Tanah Air

By 2 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina/JAV Petaling (Petaling)

KOTA DAMANSARA, 2 Sept (MalaysiaAktif) – Larian Merdeka sejauh 4 kilometer menjadi acara kemuncak Program JIWA@Komuniti Madani Kampung Melayu Subang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Sabtu lepas.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti program JIWA@Komuniti Madani Kampung Melayu Subang hari ini.

Lebih 200 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai larian merdeka itu bagi menyemarakkan semangat patriotik.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Melayu Subang Abdul Hamid Akuan berkata penganjuran larian itu bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah menjadi wadah penyatuan masyarakat.

“Melalui aktiviti riadah dan pengisian Rukun Negara, kita menyemai nilai patriotisme terutama kepada generasi muda. Sambutan Hari Kebangsaan ini perlu diraikan dengan penuh penghayatan melalui penglibatan aktif rakyat,” katanya pada program tersebut.

Salah seorang peserta, Junaidah Hashim, 42, menyatakan rasa bangga dan bersemangat menyertai larian merdeka iut.

Pertandingan mewarna sempena Program JIWA@Komuniti Madani Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2025 Kampung Melayu Subang

“Program seperti ini perlu diteruskan disamping aktiviti bersukan, kita dapat memupuk semangat patriotik dan nilai-nilai murni kepada anak muda serta memahami erti kemerdekaan,” ujarnya.

Selain larian, program turut dimeriahkan dengan Zumba Merdeka, Aerobik Merdeka, pertandingan mewarna, Musang Berjanggut, pertandingan dart, cabutan bertuah serta kaunter perkhidmatan agensi dan jualan khas untuk orang ramai.

Acara diakhiri dengan penuh semangat apabila para peserta bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada tanah air melalui bacaan Ikrar Rukun Negara sekali gus mengukuhkan perpaduan dan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat.

-FN

Tinggalkan komen anda