Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi Merdeka Gelorakan Semangat Patriotik Penduduk Kuala Kurau

By 1 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Marshita Othman/Zuhaili (Kerian)

KUALA KURAU, 1 Sep (MalaysiaAktif) – Konvoi Merdeka Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau telah diadakan bermula dari Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Kuala Kurau dan berakhir di Homestay Bunga Rizani.

Aktiviti sembang santai bersama pemimpin tempatan.

Menurut Ketua Konvoi Zuhaili Ramli, usaha itu bukanlah hanya sekadar membawa jalur gemilang namun apa yang cuba ditonjolkan adalah semangat anak muda di kawasan berkenaan tanpa mengira latar belakang politik.

“50 hadiah cabutan bertuah turut disediakan bagi memeriakan program ini. Semoga ukhuwah dan perpaduan ini terus kekal utuh, selari dengan semangat Malaysia MADANI dan Perak Sejahtera 2030,” katanya yang merupakan Pegawai Khas Menteri Besar Perak merangkap Ketua Komuniti MADANI Kuala Kurau, di sini kelmarin.

Turut diadakan taklimat ringkas berkaitan etika pemasangan Jalur Gemilang yang betul oleh Pegawai Penerangan Daerah Kerian Marshita Othman.

-RI

Tinggalkan komen anda