Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Johor Rangka SOP Bencana Gempa Bumi, Pastikan Keselamatan Warga Pendidikan Terjamin

By 5 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook Aznan Tamin

SEGAMAT, 5 Sep (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Johor mengambil langkah proaktif dengan merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) Bencana Gempa Bumi khusus bagi institusi pendidikan sebagai usaha memastikan keselamatan murid, guru dan warga pendidik sentiasa terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan negeri Azman Tamin, berkata SOP tersebut akan dijadikan panduan utama di seluruh sekolah, kolej, universiti dan institusi pendidikan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya gegaran pada masa hadapan.

Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Bencana (Gempa Bumi) bagi Institusi Pendidikan Johor diadakan susulan kejadian gegaran gempa bumi yang dirasai di beberapa kawasan di Segamat baru-baru ini.

“Langkah ini penting bagi memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik, merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Bencana (Gempa Bumi) bagi Institusi Pendidikan Johor di Bilik Seminar Aula Bestari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat, di sini semalam.

Menurutnya, mesyuarat itu diadakan susulan kejadian gegaran gempa bumi yang dirasai di beberapa kawasan di Segamat baru-baru ini, sehingga menyebabkan kerosakan kecil di beberapa sekolah, manakala kebanyakan institusi pendidikan lain hanya merasai gegaran tanpa mengalami kerosakan.

“Selain SOP, inisiatif tambahan turut digerakkan termasuk penghasilan video simulasi keselamatan bencana (gempa bumi) bagi memberi pendedahan awal kepada murid, guru, mahasiswa, warga pendidik serta masyarakat setempat mengenai langkah tepat ketika berdepan risiko.

“Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi berkaitan, dengan matlamat memastikan setiap institusi pendidikan di Johor bersedia serta mampu bertindak segera dan teratur apabila berdepan sebarang bencana,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda