Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Wanita Pemacu Kemajuan Negara

By 9 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Facebook Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 9 Sep (MalaysiaAktif) – Peranan wanita sebagai penggerak pembangunan negara terus diperkasa melalui Program Pemerkasaan Wanita dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025 yang berlangsung di Politeknik Bagan Datuk, di sini kelmarin.

Ahmad Zahid percaya jika diberi peluang wanita akan menjadi usahawan yang hebat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata kejayaan wanita desa yang kini mampu menjadi usahawan hebat adalah bukti bahawa apabila diberi peluang, mereka bukan sahaja mampu mengubah nasib diri, malah berupaya mengangkat keluarga, masyarakat dan negara.

“Ramai antara mereka bermula dari perniagaan kecil-kecilan, kini berjaya menggaji ratusan pekerja serta menjadikan produk mereka dikenali di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata objektif program tersebut adalah untuk memberi input berkaitan ekosistem keusahawanan MARA yang merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan perniagaan dan kemudahan sokongan.

Asyraf Wajdi berkata melalui MARA agenda pemerkasaan wanita diterjemahkan dengan pelbagai inisiatif.

“Melalui MARA, agenda pemerkasaan wanita diterjemahkan dengan pelbagai inisiatif termasuk latihan, kursus, pembiayaan perniagaan seperti DanaNITA, selain peluang pendidikan di MRSM, GiatMARA dan UniKL. Usaha ini telah membolehkan ribuan wanita desa muncul sebagai usahawan berjaya, pendidik generasi muda dan pencipta peluang pekerjaan,” jelasnya.

Beliau menambah, pada tahun 2024, Program Pemerkasaan Wanita MARA berjaya mencapai sasaran 7,500 komuniti wanita di seluruh negara, dengan 4,500 daripadanya menerima manfaat latihan, kemudahan premis dan pembiayaan.

Inisiatif berkenaan diteruskan pada tahun 2025 dengan skala lebih besar bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat peluang meningkatkan potensi diri.

-RI

Tinggalkan komen anda