Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Wanita Naik Pentas Utama Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Dituduh di Mahkamah

By 9 September 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 9 Sep (MalaysiaAktif) – Seorang wanita tempatan yang menaiki pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak pada 31 Ogos lepas telah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak Dato’ Noor Hisam dalam kenyataan semalam berkata sebelum ini kertas siasatan kes tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 4 Sep lepas.

“Suspek telah diarahkan untuk dituduh di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang Wanita ditahan kerana menceroboh pentas utama dan cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika lagu kebesaran negeri berkumandang pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak.

-FN

Tinggalkan komen anda