
Laporan/foto: Mohd Faizal Daros/Al Mokhlis Abdul Rahman (Muar)
MUAR, 12 Sep (MalaysiaAktif) – Anak-anak istimewa daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Abong diraikan dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI DUN Simpang Jeram di Dewan Terbuka Taman Desa, Sungai Abong.

Gambar kenangan para tetamu dan peserta di program berkenaan.
Ketua Komuniti MADANI Wanita Simpang Jeram Raudzah Ahmad, berkata penglibatan anak-anak istimewa dalam program tersebut mencerminkan semangat penyantunan yang selari dengan tema Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’.
“Program ini cukup bermakna kerana memberi ruang kepada anak-anak istimewa turut sama meraikan bulan yang bersejarah ini. Ia membuktikan mereka tidak dipinggirkan, sebaliknya tetap diberi kedudukan sewajarnya dalam pembangunan negara,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Program anjuran bersama tiga Komuniti MADANI iaitu Komuniti MADANI Wanita Simpang Jeram, Komuniti MADANI Sungai Abong dan Komuniti MADANI Taman Jaya Baru itu turut menjadi platform penyampaian maklumat semasa kepada masyarakat setempat.

Program ini merupakan anjuran bersama tiga Komuniti MADANI iaitu Komuniti MADANI Wanita Simpang Jeram, Komuniti MADANI Sungai Abong dan Komuniti MADANI Taman Jaya Baru.
Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abdul Majid, berkata pihaknya mengambil peluang untuk berkongsi beberapa naratif isu semasa termasuk pemberian insentif MySARA RM100 serta kempen Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pulau Pinang tahun ini.
“Selain itu, pelbagai aktiviti turut memeriahkan program antaranya pertandingan pakaian beragam merdeka, pertandingan hiasan payung merdeka, pertandingan masakan kuih jala, cabutan bertuah dan nyanyian lagu patriotik.
“Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat muhibah, malah mengukuhkan pengetahuan kenegaraan dalam kalangan masyarakat,“ katanya.
Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh dan Penyelaras PDK Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar Norbaya Hamzah.
-RI





