Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sambutan HKHM Semarakkan Semangat Patriotisme Warga SK Sungai Naman

By 12 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Aghenis Adin (Sarawak)

SIBU, 11 Sep (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Naman hari ini meriah dengan pelbagai pengisian berteraskan semangat patriotisme dan perpaduan.

Seperti setiap kali sambutan HKHM diadakan di Sibu, program ini berjaya menyemarakkan semangat patriotisme apabila melibatkan warga sekolah dan komuniti setempat malah memperlihatkan kerjasama dan perpaduan terjalin selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai yang berkata tema MADANI laungan semua pihak ketika ini menekankan nilai-nilai utama, tunjang kemakmuran Malaysia yang berterusan.

“Nilai yang penting untuk kita pegang bersama adalah nilai kemasyarakatan, kasih sayang dan hormat-menghormati membuktikan bahawa rakyat di negara ini boleh hidup bersama melalui perpaduan erat di peringkat akar umbi,” katanya.

Sempurai menambah sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia semangat patriotisme perlu dinyalakan oleh semua pihak terutamanya melibatkan golongan atau generasi muda.

“Kita perlu semaikan dalam jiwa generasi muda bahawa semangat cintakan negara perlu dilakukan bersama terutamanya dalam menjaga keamanan, memelihara hubungan antara kaum, menghormati kepelbagaian dan bergandingan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Inilah nilai yang perlu diterapkan kepada generasi muda kerana perjuangan pemimpin dam generasi terdahulu telah melahirkan Malaysia yang makmur dan aman pada hari ini,” jelasnya lagi.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang dianjurkan Pejabat Penerangan Daerah Sibu melibatkan beberapa pengisian utama antaranya perarakan, nyanyian lagu patriotik, persembahan murid dan simbolik Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

-RJ-

Tinggalkan komen anda