Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Mengacau ‘Penganan’ Cair, Rapat Perpaduan Komuniti MADANI Gugusan Gunung Pasir

By 15 September 2025September 16th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 15 Sep (MalaysiaAktif) – Aktiviti mengacau penganan cair atau dodol atau menjadi simbol perpaduan masyarakat Luak Gunung Pasir, di sini dalam program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Komuniti MADANI@Sembang Santai, semalam.

Muhammad Suffian bergambar bersama peserta program.

Program dengan penyertaan lebih 100 penduduk setempat daripada empat buah kampung utama iaitu Kampung Pulau, Kampung Gunung Pasir, Kampung Mertang dan Kampung Sikadi dimulakan dengan aktiviti penyediaan bahan-bahan memasak.

Menurut Timbalan Ketua Komuniti MADANI Gugusan Gunung Pasir Roslee Othman aktivti itu adalah adat dan budaya masyarakat Melayu yang banyak memberi maksud terhadap perpaduan dan silaturahim.

“Mengacau penganan cair ini mengingatkan kita bahawa perpaduan masyarakat perlu dijaga seperti kita menjaga api dan adunan supaya hasilnya sempurna.

“Bahkan setiap orang akan mendapat merasai hasilnya yang melambangkan kesejahteraan dan hormat terhadap semua orang,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Muhammad Suffian mengacau ‘penganan’ cair.

Pada masa sama, pengunjung juga diberi penerangan mengenai tempoh sebenar penyasaran petrol RON 95 dan langkah-langkah kerajaan menangani kos sara hidup seperti pengenalan Automated Fuel Assumption (AFA) bagi tarif elektrik dan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti Muhammad Suffian Maradzi.

-RI

Tinggalkan komen anda