
Laporan/foto: Muhammad Hafiz Izham (Sik)
SIK, 19 Sep (MalaysiaAktif) – Seramai 342 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana pada Oktober tahun lalu menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).
Majlis penyerahan di Dewan Kampung Masjid, di sini semalam dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Penerangan Daerah Sik.

Done Bakar gembira menerian Bantuan Wang Ihsan.
Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Penolong Pengarah ICU Kedah Raziff Yaacob, yang mewakili Kerajaan Persekutuan.
Seorang penerima, Done Bakar, 45, melahirkan rasa syukur dengan bantuan tersebut.
“Terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), semoga bantuan wang ihsan ini dapat meringankan beban kami,” katanya selepas menerima BWI sebanyak RM1,000 sebagai Ketua Isi Rumah (KIR).
BWI merupakan inisiatif kerajaan sebagai bentuk keprihatinan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana, selain memastikan mereka mendapat sokongan segera sebelum bantuan susulan disalurkan.
Kerajaan terus komited memastikan kebajikan rakyat terpelihara serta tidak ada pihak yang tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.
-RI





