
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Mohd Yasin (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 21 Sep (MalaysiaAktif) – Program JIWA @ Komuniti MADANI Sembang Santai di NADI Alor Malai memberi ruang kepada masyarakat mengikuti aktiviti bermanfaat seperti saringan kesihatan dan taklimat kesedaran siber.

Sesi kursus penyuntingan video di NADI Alor Malai.
Program anjuran Komuniti MADANI Jalan Tun Razak–Jalan Stadium dengan penglibatan ahli Komuniti MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga, PAW 3A Kota Setar, Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar serta penduduk sekitar itu menghimpunkan warga emas dan belia, selain memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut dan TikTok.
Menurut ahli Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar Norshamsholni Hanafi, 49, pendedahan sedemikian amat bermanfaat kerana memberi pengetahuan baharu tentang keselamatan internet.
“Dalam masa sama, ia mampu meningkatkan kemahiran digital melalui kursus video,” katanya, di sini semalam.

Peserta mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.
Penyelaras Komuniti MADANI Jalan Tun Razak–Jalan Stadium, Lyana Athirah Mohd Saad dalam taklimatnya menekankan kepentingan mengelakkan penipuan dalam talian termasuk iklan kerja palsu, penipuan pakej pelancongan serta taktik scammer di media sosial.
Beliau turut mengingatkan peserta mengenai kesan negatif menonton video pendek tanpa kawalan yang boleh menjejaskan tumpuan dan produktiviti harian.
Melalui penglibatan pelbagai pihak setempat, program berkenaan diharap dapat memperkukuh kefahaman masyarakat tentang keselamatan siber serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.
-RI





