Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Imarah Masjid Jadi Pusat Komuniti

By 23 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 21 Sept (MalaysiaAktif) – Masjid perlu diimarahkan sebagai pusat komuniti, kata Imam Masjid Al-Halimi, Zulkifli Zainun.

Ustaz Zulkifli, berharap masjid perlu diimarahkan sebagai pusat komuniti untuk semua.

Beliau menegaskan bahawa peranan masjid perlu diperluas agar dapat menjadi medan pertemuan, perbincangan serta pelaksanaan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

“Setiap kejayaan bermula dari masjid, termasuk usaha membentuk generasi muda yang patriotik,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif pada Program Jiwa @ Komuniti MADANI, di Masjid Al-Halimi, di sini kelmarin.

Pada program tersebut, Pertandingan Pakaian Beragam Kemerdekaan telah diadakan dengan penyertaan oleh anak-anak prasekolah.

Selain pertandingan pakaian beragam, program turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, gubahan tuala, balingan kasih, jalan atas bata, kuiz Kahoot Kemerdekaan, pemeriksaan gigi percuma serta tawaran tukar minyak hitam percuma.

Ustaz Zulkifli (tengah) bersama tetamu yang hadir.

Demonstrasi pengendalian haiwan berbisa oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut mencuri perhatian.

Seorang pengunjung, Adam Iffan, 23, program tersebut sangat berfaedah kepada komuniti tersebut.

“Saya dapat merasai pengalaman melihat dan menyentuh ular secara dekat ini dapat memberi pendedahan berguna tentang aspek keselamatan diri dan komuniti,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda