Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Patriotisme Mekar di SK Durian Mas 1, Tirai Bulan Kebangsaan 2025 Ditutup Meriah

By 23 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Dungun)

DUNGUN, 23 Sep (MalaysiaAktif) – Semangat cintakan negara terus segar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas 1 apabila warga sekolah meraikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dengan penuh warna-warni.

Ketua Komuniti MADANI AMBS Wan Mohd Rosli Wan Ngah hadir mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Kita Tuan’ menarik perhatian pada majlis tersebut.

Program anjuran bersama Komuniti MADANI AMBS bertemakan ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’ mencuri tumpuan dengan pertandingan pakaian beragam dan hias basikal berkonsepkan Hari Kebangsaan yang menyerikan lagi suasana.

Guru Besar Mat Ali Jusoh, berkata sepanjang Bulan Kebangsaan pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program bagi memupuk nilai patriotisme, perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid.

“Majlis hari ini menjadi penutup yang bersejarah bagi sambutan Bulan Kebangsaan 2025 di sekolah ini, sekaligus membuktikan komitmen kami mendidik generasi muda yang berjiwa patriotik,” ujarnya, di sini semalam.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni’, majlis ini disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Aneta Ahmad (kiri).

Pegawai Penerangan Daerah Dungun Aneta Ahmad ketika menyempurnakan perasmian program, mengingatkan murid-murid agar terus memupuk semangat cintakan negara sepanjang masa, bukan hanya ketika berlangsungnya sambutan Bulan Kebangsaan.

“Rasa hormat terhadap lagu Negaraku juga perlu dijadikan amalan setiap kali ia dimainkan, sama ada di sekolah atau di mana-mana jua,” tegasnya.

Acara berkenaan bukan sahaja menyerikan suasana sekolah, malah mengukuhkan usaha berterusan dalam melahirkan murid yang menghargai kemerdekaan serta berbangga menjadi rakyat Malaysia.

-RI

Tinggalkan komen anda