Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Karom Komuniti MADANI Bukit Pinang Meriah, Eratkan Silaturahim

By 26 September 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin/Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

BUKIT PINANG, 26 Sep (MalaysiaAktif) – Pertandingan Karom Komuniti MADANI Bukit Pinang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 32 peserta dari Alor Senibong dan kawasan sekitar, sekali gus menjadikan acara itu sebagai medan riadah serta platform mengeratkan hubungan silaturahim komuniti setempat.

Mohd Faizol ketika memberi ucapan.

Wakil Komuniti MADANI Bukit Pinang Mohd Faizol Abdul Halim Jalani, berkata penganjuran pertandingan itu merupakan langkah positif dalam menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.

“Karom bukan sekadar permainan, tetapi ia menggalakkan semangat berpasukan, kesabaran dan kemahiran strategik. Ia juga salah satu cara untuk kita beriadah bersama keluarga dan sahabat,” katanya.

Acara yang berlangsung dalam suasana meriah itu turut diselitkan dengan sesi taklimat keselamatan digital yang disampaikan oleh Lyana Athirah Mohd Saad dari Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena.

Mohd Faizol bergambar bersama sebahagian peserta.

Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai isu buli siber dan penggunaan internet secara selamat, seiring usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman dalam talian.

Pertandingan itu bukan sahaja membuktikan bahawa sukan seperti karom masih relevan dan diminati, malah menjadi wadah pendidikan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda