Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Rakyat Syukur BUDI95 Ringankan Beban Harian

By 2 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

ALOR SETAR, 2 Okt (MalaysiaAktif) – Inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disambut baik rakyat kerana dilihat berupaya membantu mengurangkan kos sara hidup serta meringankan beban kewangan harian.

Seorang pengguna, Hayati Abdullah, 34, berkata pengumuman kerajaan itu memberi kelegaan besar kepada keluarga yang menanggung kos penggunaan petrol sebagai perbelanjaan tetap bulanan.

Rakyat melihat pelaksanaan BUDI95 membantu mengurangkan tekanan kewangan.

“Dengan adanya BUDI95, saya rasa lebih lega kerana kos petrol adalah antara perbelanjaan tetap bulanan yang besar. Paling penting, inisiatif ini memberi kelebihan buat warganegara sahaja, sekali gus memastikan manfaatnya sampai kepada rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan,” katanya kepada Malaysia Aktif semalam.

Aisyatul Basyirah Azmi, 35, pula berpendapat langkah tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

“Saya bersyukur kerana kerajaan peka dengan beban orang ramai. Walaupun mungkin nampak kecil, tetapi penjimatan minyak ini besar maknanya untuk kami yang mengurus belanja harian,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, rakyat melihat pelaksanaan BUDI95 bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kewangan, malah memberi keyakinan bahawa usaha kerajaan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus diperkukuh.

Inisiatif berkenaan diyakini menjadi salah satu langkah berkesan dalam memastikan kestabilan ekonomi rakyat selaras dengan agenda MADANI.

-RI

Tinggalkan komen anda