
Laporan/foto: Farah Shaherza/Mohd Hafiz (Kuantan)
KUANTAN, 2 Okt (MalaysiaAktif) – Sambutan Pesta Kuih Bulan yang dianjurkan bersama Komuniti MADANI Alor Akar mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Beliau turut beramah mesra dengan ahli komuniti yang hadir.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Chan Chun Kuang sambutan itu melambangkan keharmonian dan semangat perpaduan yang telah lama tersemai dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Saya harap Pesta Kuih Bulan di Semambu ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai platform mengukuhkan perpaduan, selain memelihara budaya dan warisan masyarakat Cina di Malaysia,” katanya kepada Malaysia Aktif semasa majlis sambutan pesta berkenaan di sini, kelmarin.

Antara tetamu yang hadir.
Ujarnya lagi, Pesta Kuih Bulan itu bukan sahaja meraikan tradisi masyarakat Cina, malah kehadiran pelbagai lapisan masyarakat turut membuktikan bahawa keharmonian dapat dipupuk melalui penganjuran aktiviti kebudayaan sebegini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya komuniti setempat yang memberi sokongan penuh terhadap penganjuran pesta ini.
“Sambutan ini membuktikan budaya boleh menjadi jambatan mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dan memperkukuhkan semangat perpaduan,” katanya.
-RI





