Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Nyatakan Solidariti Terhadap Sukarelawan Malaysia yang Ditahan

By 3 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 3 Okt (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pahang menyatakan solidariti penuh terhadap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia yang ditahan tentera rejim Israel.

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan media semalam merakamkan rasa dukacita dan keprihatinan mendalam terhadap penahanan sukarelawan misi kemanusiaan ke Gaza.

“Tindakan rejim Israel ini jelas merupakan satu kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia, apatah lagi terhadap mereka yang hadir dengan niat murni untuk membantu insan yang sedang sengsara,” katanya.

Wan Rosdy turut mendoakan kesejahteraan kesemua sukarelawan yang ditahan.

Menurutnya, kerajaan negeri turut bersama Kerajaan Persekutuan menuntut rejim Israel membebaskan sukarelawan GSF tanpa syarat.

“Bagi pihak kerajaan negeri Pahang, saya menyatakan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan yang ditahan.

“Kerajaan negeri juga berdoa agar mereka selamat, dilindungi daripada sebarang bahaya, serta segera dibebaskan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda