Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

200 Peserta Meriahkan Sambutan Hari Jantung Sedunia di HSB

By 3 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Facebook HSB

ALOR SETAR, 3 Okt (MalaysiaAktif) – Kira-kira 200 peserta memeriahkan Sambutan Hari Jantung Sedunia 2025 peringkat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang berlangsung di Lobi Utama HSB, di sini semalam.

Bertemakan “Don’t Miss a Beat”, program tahunan itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung kerana penyakit kardiovaskular masih kekal sebagai punca utama kematian di seluruh dunia.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah Dr. Kabirurahman Abd Rashid ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Perasmian program disempurnakan Timbalan Pengarah Perubatan HSB, Dr. Kabirurahman Abd Rashid diiringi Ketua Jabatan Kardiologi HSB merangkap Ketua Kepakaran Kardiologi Negeri Kedah, Dr. Saravanan Krishnan.

“Kesedaran tentang penjagaan jantung perlu dipupuk sejak awal kerana setiap individu mampu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat,” kata Dr. Kabirurahman.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan termasuk ceramah kesihatan, saringan kesihatan percuma, sesi senamrobik, pameran interaktif berkaitan penjagaan jantung, serta latihan asas bantuan pernafasan (CPR) dan penggunaan Automated External Defibrillator (AED).

-FN

Tinggalkan komen anda