Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

CEPA Tingkat Kesedaran Komuniti Hadapi Banjir di Pekan

By 4 Oktober 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)/ JPS Pekan

PEKAN, 4 Okt (MalaysiaAktif) – Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) mampu meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam menghadapi bencana alam banjir.

50 peserta jelajah CEPA memggalas tanggungjawab menerangkan kepada masyarakat.

Menurut Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Pekan Nik Mohd Fariz Zamani antara pengisian utama program ini adalah taklimat mengenai langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir, edaran risalah maklumat, serta perkongsian berkaitan projek tebatan banjir (RTB).

“Program ini turut menekankan kepentingan masyarakat mengetahui jenis banjir seperti banjir monsun, banjir kilat dan banjir pantai yang kerap melanda daerah ini,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Jelajah CEPA untuk daerah Pekan berjaya dalam misinya.

Menurutnya lagi, objektif utama CEPA adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran komuniti setempat, membina kapasiti dan keupayaan menghadapi banjir, memupuk rasa tanggungjawab bersama, serta memastikan kesinambungan usaha komuniti melalui perkongsian pintar.

Program yang membawa tema ‘Kesedaran dan Pendekatan Komuniti Dalam Menghadapi Senario Banjir’, kelmarin melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bebar, Chini, Pulau Manis dan Peramu Jaya.

-RI

Tinggalkan komen anda