Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tilawah Al-Quran Daerah Lawas 2025 Semarak Syiar Islam

By 4 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nordin Yahya (Sarawak)

LAWAS, 4 Okt (MalaysiaAktif) – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Lawas 2025 merupakan platform penting dalam usaha menggalakkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam setempat.

Kehadiran lebih 200 tetamu pada malam itu mencerminkan sokongan padu masyarakat Lawas terhadap usaha memperkukuh budaya mencintai dan menghayati kalamullah, sekali gus memperlihatkan komitmen bersama dalam memartabatkan syiar Islam.

Ladin (lima dari kanan) menyampaikan piala kepada Suriyah Jinin.

Penganjuran yang melibatkan penyertaan seramai 18 peserta itu bertujuan mencungkil bakat qari dan qariah baharu yang berpotensi mewakili daerah ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 14 qari dan empat qariah mengambil bahagian dengan memperdengarkan bacaan indah dan penuh penghayatan memperlihatkan kesungguhan dan keupayaan mereka dalam seni tilawah al-Quran.

Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis lalu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lawas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Islam Daerah Lawas Ladin Atok.

“Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca, malah perlu difahami dan diamalkan oleh kita semua sebagai panduan hidup dalam setiap aspek kehidupan umat Islam,” katanya.

Dalam pertandingan kali ini, Johan Qari dimenangi Mohammad Wardi Nordin, manakala Johan Qariah pula disandang oleh Suriyah Jinin.

Menurut Zulkipli Hassan, tilawah bertujuan menyatu dan mendidik rohani masyarakat Islam.

Mereka akan membawa cabaran Daerah Lawas ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian yang turut dijadualkan berlangsung di sini.

Menurut, Zulkipli Hassan, 58, penganjuran tilawah tahun ini lebih teratur, meriah dan berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat.

“Tilawah ini bukan sahaja medan pertandingan tetapi juga wadah penyatuan dan pendidikan rohani masyarakat,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda