Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Keharmonian Terserlah di Sambutan Kuih Bulan dan Perarakan Tanglong

By 5 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 5 Okt (MalaysiaAktif) – Sambutan perayaan Kuih Bulan dan perarakan tanglong anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pekan berjaya menyerlahkan keharmonian kaum apabila ia disertai ratusan pelajar bersama ibu bapa daripada pelbagai bangsa.

Sebahagian daripada komuniti Cina terimbau kenangan lama meraikan Pesta Kuih Bulan dan Tanglung.

Uniknya, majoriti peserta terdiri daripada murid Melayu yang bersekolah di sekolah berkenaan sekali gus mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan tinggi yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.

Kehadiran ibu bapa yang turut sama menyertai perarakan menambahkan suasana mesra dan penuh keceriaan.

Seorang peserta, Yoh Kei, 62, berkata sambutan itu mengembalikan nostalgia lama selepas beliau merantau hampir 40 tahun di luar negara.

“Saya amat terharu melihat suasana ini, walaupun majoriti murid di sini berbangsa Melayu, mereka tetap meraikan tradisi masyarakat Cina dengan penuh semangat,” katanya, di sini kelmarin.

Antara kuih bulan yang dipamerkan.

Ujarnya lagi, sambutan itu mengingatkannya kepada zaman kecilnya ketika perayaan tanglong menjadi acara yang dinanti-nantikan seluruh kampung.

“Inilah erti sebenar keharmonian Malaysia,” katanya.

Sambutan yang diadakan saban tahun itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan ibu bapa, tetapi turut menjadi simbol kekuatan perpaduan di Pekan.

Ia jelas membuktikan bahawa warisan budaya, apabila diraikan bersama, mampu memperkukuh keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda