Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Baling Boulevard Tarikan Baharu Hidupkan Seni dan Warisan Pekan Baling

By 6 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 6 Okt (MalaysiaAktif) – Pekan Baling kini tampil dengan wajah baharu apabila Baling Boulevard, lorong seni moden yang terletak di tengah-tengah bandar ini, menjadi tumpuan masyarakat setempat serta pengunjung luar daerah.

Terletak berhampiran restoran makanan segera dan stesen bas utama, lorong ini menjadi simbol kemajuan serta daya tarikan baharu pelancongan bandar Baling.

Antara mural yang menghiasi Lorong Boulevard.

Baling Boulevard diwujudkan sebagai inisiatif memperindah bandar melalui hasil seni mural berwarna-warni yang menghiasi dinding sepanjang laluan tersebut.

Lukisan karya pelukis tempatan mengetengahkan unsur budaya, warisan dan identiti unik daerah Baling dalam gaya moden yang menarik serta mesra media sosial.

Selain mencerminkan kreativiti komuniti setempat, usaha ini turut menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan bandar kecil, menjadikan lokasi ini pilihan pengunjung untuk aktiviti fotografi dan rakaman media sosial.

Menurut pengunjung dari luar, Ahmad Faizal, 33, kemunculan Baling Boulevard memberikan nafas baharu kepada landskap bandar berkenaan.

“Dulu orang datang Baling sebab durian, Gunung Baling atau air panas Ulu Legong. Tapi sekarang, lorong ini pun jadi sebab untuk singgah, memang cantik dan moden,” katanya ketika ditemui semalam.

Inisiatif Baling Boulevard membuktikan bahawa gabungan seni, budaya dan identiti tempatan mampu memperkukuh ekonomi komuniti serta memperindah ruang bandar selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan keharmonian, kemajuan dan nilai estetika dalam kehidupan masyarakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda