Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Townhall Sinergi Pendidikan Daerah Tangkak

By 9 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Latifah Salleh/ Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Tangkak)

TANGKAK, 9 Okt (MalaysiaAktif) – Perhimpunan melibatkan warga pendidik, agensi kerajaan serta komuniti setempat diadakan bagi menjayakan Program Townhall Sinergi Pendidikan Daerah Tangkak, yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama pelbagai pihak dalam memajukan agenda pendidikan negeri Johor.

Pegawai Daerah Tangkak, Johari Tarmidi berkata kolaborasi antara agensi dan pihak berkepentingan perlu diteruskan sebagai tanggungjawab bersama dalam membentuk kekuatan berganda melalui perkongsian idea serta kepakaran pelbagai pihak.

Johari (baju biru) berkata kejayaan pendidikan lahir daripada kolaborasi PIBG, keluarga, PDRM dan komuniti setempat

“Cabaran dunia pendidikan kini semakin kompleks di mana dunia berubah pantas dan teknologi berkembang tanpa henti.

“Melalui sinergi pendidikan seperti ini, kita berupaya melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak mulia serta berjiwa besar untuk mengharungi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis berkenaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Johari turut menegaskan bahawa kejayaan dalam bidang pendidikan memerlukan penglibatan menyeluruh daripada semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), institusi keluarga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), penghulu dan pemimpin masyarakat yang memainkan peranan penting dalam menyokong usaha ke arah kebaikan bersama.

“Setiap agensi dan individu mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk memastikan ekosistem pendidikan terus berkembang ke arah positif dan lestari,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Hanafi Samad, Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Khairulhizam Hassan dan Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib.

-AA

Tinggalkan komen anda