Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Hari Sukan Negara Peluang Amalkan Gaya Hidup Sihat

By 12 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Juhaisa Azrin (Lipis)

LIPIS, 12 Okt (MalaysiaAktif) – Hari Sukan Negara (HSN) yang disambut pada 11 Oktober setiap tahun mampu membuka peluang kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Antara peserta yang menyertai Larian Ria MADANI

Menurut salah seorang peserta HSN peringkat negeri Pahang Mohd Solihin Rosli, 51, aktiviti yang diadakan sempena HSN mengalakkan orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

“Saya berpendapat program ini adalah amat baik bagi menggalakkan orang ramai dalam pelbagai peringkat umur untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di samping pendedahan terhadap sukan dan aktiviti riadah juga menjadi satu pengalaman dan mencerminkan gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui semasa sambutan HSN di sini, semalam.

Ribuan peserta yang membanjiri Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis sejak awal pagi bagi mengikuti pelbagai acara menarik

Acara sambutan diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang melepaskan peserta Kayuhan MADANI, Larian Ria MADANI dan Fun Walk Pink, yang melibatkan hampir 3000 peserta.

Pelbagai aktiviti menarik dan acara sukan telah dianjurkan antaranya Bike Camp Gathering, Meet & Greet Atlet Pahang, Pertandingan Catur Terbuka Pahang, Malaysia Book Of Records (MBOR) Jumping Jack, Archery Combat, Demo Kabbadi, Kayak Sungai Jelai, Neon Fun Aerobic, Jump Rope Challenge serta jualan dan pameran.

-AA-

Tinggalkan komen anda