Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

300 Penduduk Hadir Karnival Hari Terbuka Klinik Kesihatan Jinjang

By 13 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali

KUALA LUMPUR, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Kehadiran kira-kira 300 penduduk setempat menyerikan Karnival Hari Terbuka Klinik Kesihatan Jinjang, sekali gus mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap usaha memperkukuh kesedaran kesihatan awam di peringkat komuniti.

Program anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jinjang dengan kerjasama Pertubuhan Budi MADANI dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 6 Parlimen Kepong itu turut disertai pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan masyarakat setempat.

Saringan kesihatan percuma sebagai antara pengisian program.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang hadir merasmikan program berkenaan berkata, penganjuran seumpama itu wajar diperluas kerana isu kesihatan masih menjadi keutamaan rakyat Malaysia tanpa mengira usia atau latar belakang.

“Program pada hari ini sangat penting kerana ia melibatkan isu yang sering menjadi masalah utama rakyat Malaysia iaitu masalah kesihatan.

“Saya berharap dengan adanya program sebegini sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan kepada semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap di majlis perasmian, di sini kelmarin.

Beliau turut mencadangkan agar inisiatif seumpama itu dijadikan penanda aras untuk dilaksanakan di lebih banyak Klinik Kesihatan di seluruh negara.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jinjang, Hafizuddin Mohd Razyan gembira dengan sambutan luar biasa masyarakat setempat yang hadir sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap isu kesihatan.

Sementara itu, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jinjang, Hafizuddin Mohd Razyan melahirkan rasa gembira dengan sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat yang hadir sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap isu kesihatan.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan pengunjung. Ia menunjukkan masyarakat masih mementingkan tahap kesihatan mereka, dan kami akan terus berusaha memberikan pengalaman terbaik pada setiap penganjuran,” katanya.

Seorang pengunjung, Mohd Faisol Din, 42, dari Taman Kepong, pula menyambut baik usaha tersebut dan berharap program kesedaran kesihatan seperti ini dapat diteruskan secara tahunan.

“Program ini sangat bagus kerana memberi maklumat tentang pelbagai jenis penyakit dan cara menghindarinya. Saya harap ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Karnival yang berlangsung penuh meriah itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Program Jualan Rahmah, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan cabutan bertuah.

-RI

Tinggalkan komen anda