
Laporan/ foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Kementerian Sumber Malaysia (KESUMA) sedang giat menjalankan penjelasan mengenai Rang Undang Undang Akta Pekerja Gig 2025 di seluruh negara agar golongan pekerja dan majikan yang terlibat dapat memahami dengan lebih jelas mengenai undang-undang tersebut.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim menyampaikan maklumat mengenai RUU Pekerja Gig 2025 kepada para pengunjung
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata Undang-Undang Pekerja Gig 2025 (RUU Pekerja Gig) ialah undang-undang baru yang diluluskan di Parlimen Malaysia pada Ogos 2025 untuk mengiktiraf, mengawal selia dan melindungi hak serta kebajikan pekerja gig seperti pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pekerja digital yang bekerja secara bebas atau atas kontrak jangka pendek.
Terdahulu, beliau menyertai Program Meet And Greet Jalan Teriuh Lindungi Kendiri X Santai Anak Utara (SAU) 2025 yang diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad Kangar, di sini, malam tadi.
Program tersebut telah di hadiri hampir 10 ribu pengunjung yang kebanyakan terdiri dari golongan pekerja yang terlibat di dalam sektor ekonomi gig.
“Tujuan kedua jelajah program ini pula adalah untuk mendengar pendapat daripada pekerja gig mengenai RUU berkenaan yang telah diluluskan di Parlimen pada Ogos lepas.
“Pihak PERKESO Negeri Perlis turut membuka reruai bagi membolehkan para pekerja mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai RUU Pekerja Gig ini,” katanya.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO
Encik Azirruan Ariffin turut memberi takimat dan penjelasan kepada para pengunjung mengenai RUU Pekerja Gig
Undang-undang tersebut merupakan langkah penting memberi jaminan dan perlindungan lebih baik kepada pekerja gig di Malaysia supaya dapat menjalani kehidupan dan pekerjaan yang lebih teratur serta bermaruah.
“Anggaran 1.2 juta pekerja di dalam sektor industri gig bakal menerima mafaat hadir dari RUU Gig Pekerja ini dan pemerhatian dari Kementerian Sumber Manusia mendapati kadar pemahaman mengenai RUU Gig ini adalah ia dapat difahami dengan lebih jelas bukan sahaja oleh golongan pekerja tetapi majikan,” katanya.
Setakat 2023, terdapat lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam ekonomi gig seperti p-hailing, e-hailing, pekerja bebas (freelancer), dan pelbagai perkhidmatan atas talian.
Kini terdapat sekitar 246 platform digital berdaftar yang menggerakkan sektor berkenaan.
-AA-





