
Laporan/ foto: Rohani Mohd Saad/Hafiz Khairon (Kuantan)
KUANTAN, 13 Okt (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat daerah Kuantan mencapai sasaran audiens dengan penglibatan lebih 5,000 peserta pelbagai peringkat usia.

DJ Nazz dan DJ Anna Aljuffeey beramah mesra bersama peminat
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Bashirah Zulkifli berkata sasaran awal penyertaan hanya sekitar 2,000 orang namun sambutan yang diterima amat menggalakkan.
“Pada tahun ini kami turut berkolaborasi dengan stesen radio Molekfm yang menampilkan dua penyampainya, DJ Nazz dan DJ Anna Aljuffrey, bagi memeriahkan sesi bertemu peminat,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif di sini, semalam.

Acara senamrobik turut mendapat sambutan yang menggalakkan
Beliau berkata, sambutan yang berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Gerakan Belia 4B Malaysia Daerah Kuantan, Kelab Kecergasan Aerobik Gelora serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kempadang.
“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang tiga hari program ini termasuk Larian Ria MADANI, senamrobik, Sepak Penalti Futsal dan sukaneka kanak-kanak,” tambahnya.
-AA-





