Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kefahaman, Pendidikan Silang Budaya Antara Elemen Pengukuhan Perpaduan Nasional

By 20 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anita Omar/PERKIM Manjung (Manjung)

MANJUNG, 20 Okt (MalaysiaAktif) – Kefahaman, pendidikan silang budaya dan hubungan antara manusia yang ikhlas menjadi antara pengukukah perpaduan nasional.

Eksekutif Kanan Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Razali Shahabudin berkata elemen berkenaan penting dalam tujuan tersebut kerana ia tidak tercapai melalui dasar kerajaan semata-mata.

“Program Dialog Harmoni Bersama Masyarakat Majmuk Cina merupakan satu kaedah berkesan dalam membina komunikasi yang tulen serta membentuk kesejahteraan dalam masyarakat pelbagai kaum,” katanya pada program berkenaan di Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, di sini kelmarin.

Program anjuranPERKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PERKIM Bahagian Negeri Perak dan PERKIM Cawangan Manjung itu bertujuan memperkenalkan keindahan Islam dalam suasana terbuka dan harmoni.

Ia mendapat sokongan penuh pihak pengurusan masjid, selari dengan pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan nilai saling menghormati.

Peserta diberi pendedahan tata cara mengerjakan solat

Antara pengisian utama program ialah sesi penerangan asas Rukun Iman dan Rukun Islam yang disampaikan oleh Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan Sulaiman Ding Yu Zhong, dalam bahasa yang menarik dan mudah difahami oleh para peserta bukan beragama Islam.

Acara turut diserikan dengan sesi lawatan masjid, di mana para peserta diberikan penerangan tentang fungsi ruang solat, tempat wuduk, serta aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan di masjid.

Lawatan ini turut membuka ruang dialog santai antara komuniti Islam dan bukan Islam.

Demonstrasi tata cara mengambil wuduk kepada para peserta

Setiausaha PERKIM Cawangan Manjung Samhah Nu Abdullah berkata program itu membawa makna yang besar dalam usaha membina keharmonian masyarakat berbilang bangsa, dan lebih berkesan kerana ia berasaskan interaksi secara langsung.

“Dialog ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat Islam dan komuniti Cina, malah mampu menghapuskan persepsi negatif serta membentuk sikap saling memahami,” katanya.

Penganjuran program itu antara komitmen berterusan PERKIM dalam memperkukuhkan perpaduan nasional melalui pendekatan dakwah yang berhikmah dan terbuka.

-AA-

Tinggalkan komen anda