
Laporan/ foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari/ FB Ab Rauf Yusoh
MASJID TANAH, 20 Okt (MalaysiaAktif) – Seramai 175 masyarakat India di sekitar Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali.

Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan kepada penerima
Program itu merupakan hasil kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka dan Yayasan Petronas, sebagai usaha meringankan beban golongan B40 serta menceriakan sambutan perayaan yang bakal tiba.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh keseluruhan sumbangan yang diberikan berjumlah RM35,000.

Sebahagian penerima sumbangan
Selain itu, Yayasan Petronas juga turut berkongsi rezeki dengan memberi sumbangan sejumlah RM55,000 termasuk barangan keperluan asas kepada para penerima.
“Sumbangan ini diharap dapat menceriakan sambutan Deepavali dan menunjukkan semangat prihatin kerajaan serta sektor korporat terhadap masyarakat setempat,” menurut Ab Rauf dalam ucapannya di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini semalam.
-AA-





