Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Wonderful Nusantara Festival 2025 Sasar 30,000 Pengunjung

By 26 Oktober 2025Oktober 27th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 26 Okt (MalaysiaAktif) – Pengukuhan diplomasi budaya serta jaringan kerjasama strategik serantau dalam memartabatkan seni warisan Nusantara menjadi tumpuan Wonderful Nusantara Festival (WNF) 2025 yang berlangsung di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) dari 23 hingga hari ini.

Nor Syazlan berkata, pemeteraian MoU itu melambangkan komitmen bersama memperkukuh diplomasi budaya dan kerjasama serantau dalam memartabatkan seni warisan.

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ) Nor Syazlan Abd Razak berkata festival berprestij itu menghimpunkan pelbagai aktiviti seni, persembahan budaya, pameran serta gastronomi Nusantara dengan penyertaan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Sarawak dan beberapa rakan strategik lain.

“Kerajaan negeri Johor menerusi YWJ menyasarkan kehadiran lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara sempena festival ini.

“Setakat ini, saya dimaklumkan bahawa lebih 10,000 pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini dan ia merupakan satu pencapaian yang sangat baik,“ katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Wonderful Nusantara Festival 2025, di sini kelmarin.

Majlis bersejarah itu menyaksikan pemeteraian MoU antara YWj, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, dan Taman Warisan Melayu Singapura sebagai simbol komitmen bersama memperkukuh hubungan budaya serantau.

Live Cultural Showcase dan aktiviti interaktif di Rumah Zapin, Laman Seni Warisan, memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai pelbagai aktiviti budaya secara langsung.

Beliau berkata penyertaan rasmi Bunditpatanasilpa Institute of Thailand serta sokongan Majlis Seni Sarawak tahun ini memperluaskan lagi skop kolaborasi festival ke peringkat ASEAN.

“Antara pengisian utama festival termasuk Pameran Pavilion Budaya, 3rd Wonderful Nusantara Soirée menampilkan tarian tradisional Khon dan Nora dari Thailand yang diiktiraf UNESCO, Teater Dewata, serta Nusantara Food Festival anjuran MaQan Event,” katanya.

Tambah Nor Syazlan, penganjuran festival ini diyakini dapat memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab seni dan budaya serantau, selain menjadi platform utama penyatuan dan perkongsian budaya Nusantara.

Turut hadir Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru Sigit S Widiyanto dan Pengurus Besar Taman Warisan Melayu Singapura Mohamed Hafiz Mohamed Shariff.

-RI

Tinggalkan komen anda