Skip to main content
Berita TempatanSarawak

IPD Sri Aman Giat Banteras Lumba Haram, Keluar 72 Saman

By 3 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Iswandi Kassim/ IPD Sri Aman (Sarawak)

SRI AMAN, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan lumba haram yang membahayakan keselamatan awam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Supt Dennis Bunyam berkata dalam Operasi Khas Motosikal yang dijalankan sejak semalam, 99 individu dan 97 kenderaan telah diperiksa di sekitar Jalan Paip, Batu Lintang, Kem Pakit dan Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman – Sarikei.

Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 72 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 72 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dennis berkata sebanyak 19 motosikal pelbagai jenis turut disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan IPD Sri Aman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti lumba haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mengancam nyawa penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Sebanyak 19 motosikal pelbagai jenis turut disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Kerjasama masyarakat juga amat penting dalam membanteras kegiatan tidak bermoral ini yang boleh meragut nyawa,” katanya.

Dennis turut mengesa agar masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan lumba haram kepada pihak polis melalui balai berhampiran atau menghubungi IPD Sri Aman di talian 083-322121.

-RJ-

Tinggalkan komen anda