Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Sahut Tekad Reformasi Perkhidmatan Awam Seiring Aspirasi Malaysia MADANI – KPPA

By 6 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Rimee Ismail

AYER KEROH, 6 Nov (MalaysiaAktif) – Tekad reformasi perkhidmatan awam perlu disahut bagi menjamin perubahan seiring aspirasi Malaysia MADANI, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata tekad reformasi perkhidmatan awam perlu disahut bagi menjamin perubahan seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau berkata Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah diperkenalkan pada 10 September tahun lepas.

 

“Kerangka ARPA ini digarap dengan tujuan meletakkan perkhgidmatan awam di landasan yang tepat dan pantas dalam mencapai matlamat melalui teras keberhasilan reformasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Perjumpaan itu bertujuan memberikan pencerahakan kepada pegawai awam tentang reformasi perkhidmatan awam agar setiap perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih pantas, tepat dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Antara penjawat awam yang hadir.

Wan Ahmad Dahlan berkata ARPA juga merupakan gerak kerja yang menyusun semula keutamaan kerajaan seiring perkembangan semasa melibatkan kesiagaan digital dinamik geopolitik global, isu kos sara hidup serta memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Beliau berkata lapan nilai ARPA juga mudah diingati kerana ia membentuk akronim MALAYSIA iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Isalah dan Arif.

-AA-

Tinggalkan komen anda