
Laporan/foto: Khairul Othman/Sharil Alias (IPN NS)
SEREMBAN, 6 Nov (MalaysiAktif) – Nilai amanah dan integriti menjadi asas kepimpinan berkesan sebagaimana ditekankan dalam Program Hadith 40 untuk Penjawat Awam Daerah Seremban yang berlangsung di Masjid Negeri, di sini pagi tadi.

Ucapan Perasmian oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata konsep al-Qawam dalam Islam bukan sekadar berkait kuasa, tetapi amanah untuk memimpin dengan adil serta berkhidmat dengan ihsan.
“Pemimpin yang qawwam bukan sekadar memberi arahan, tetapi memimpin dengan kasih dan memastikan setiap keputusan membawa manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Penjawat awam yang hadir dalam majlis Program Hadith 40 Tekan Nilai Amanah dan Integriti Penjawat Awam.
Majlis turut menyaksikan pelancaran buku ‘Surat Sayidina ‘Ali kepada Al-Malik Asytar’ yang disempurnakan oleh Aminuddin.
Buku tersebut menjadi rujukan utama dalam kepimpinan beretika dan berintegriti sejak lebih 1,300 tahun lalu.
Program itu diharap dapat memperkukuh kefahaman agama serta membentuk budaya kerja penjawat awam yang berasaskan iman, ihsan dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
-RI





