Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MyGAP: Pertanian Lestari, Makanan Terjamin

By 9 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie/Noriah Athan (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 9 Nov (MalaysiaAktif) – Jabatan Pertanian menjamin keterjaminan makanan negara melalui Pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) yang menekankan amalan pertanian selamat, berkualiti dan lestari.

Pegawai Daerah Kuala Selangor Mohd Raiz Radzuan berkata Pensijilan MyGAP menjadi bukti keprihatinan Jabatan Pertanian dalam memastikan bekalan makanan yang selamat, berkhasiat dan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.

Mohd Raiz juga menyampaikan Insentif Pembangunan 2025 sebanyak RM488,472.00 bagi Projek Pembangunan Tanaman Padi di Kuala Selangor.

“Melalui pengamalan Amalan Pertanian Baik serta persijilan myGAP, kita berharap agar produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan dapat dihasilkan, seterusnya meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil tanaman.

“Selain itu, hasil pertanian yang telah dipersijilkan juga mampu bersaing di pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana terdapat jaminan kualiti disebabkan penggunaan racun makhluk perosak yang kurang atau terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Selangor AgroGreen Daerah Kuala Selangor 2025, di sini semalam.

Tambahnya, ramai pengguna yang telah sedar akan pentingnya memastikan sumber makanan atau bahan mentah yang selamat bagi menjamin kesihatan tubuh badan.

“Melihat kepada faedah-faedah dan kebaikan pensijilan myGAP ini, saya menyeru dan menggalakkan semua petani serta usahawan pertanian untuk terus menyokong usaha pihak Jabatan Pertanian bagi menjayakan skim pensijilan ini,” katanya.

Selangor Agrogreen merupakan acara tahunan Jabatan Pertanian Negeri Selangor yang diadakan di setiap daerah di negeri ini setiap tahun.

Platform seperti taklimat, kursus, komunikasi bersemuka itu merupakan landasan terbaik Jabatan Pertanian untuk berinteraksi secara langsung bersama usahawan tani atau pihak-pihak yang berkepentingan bagi memajukan lagi sektor pertanian negara.

-RI

Tinggalkan komen anda