Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Tambah Peruntukan Perayaan, Rumah Ibadat Bukan Islam Tahun 2026

By 15 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 15 Okt (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor meningkatkan peruntukan bagi perayaan masyarakat India dan rumah ibadat bukan Islam pada tahun hadapan bagi memperkukuh keharmonian serta kesejahteraan rakyat negeri ini.

Masyarakat India mengalungkan bunga malai kepada Amirudin.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata peruntukan tahunan yang biasanya berjumlah RM1 juta bagi sambutan Deepavali, Ponggal dan Thaipusam akan dinaikkan kepada RM1.5 juta pada 2026.

“Tambahan RM500,000 itu bertujuan memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan dalam suasana kehidupan yang semakin inklusif dan bersatu.

“Konsep perpaduan ini selari dengan nilai kepercayaan dan identiti negara yang menekankan kehidupan masyarakat berbilang agama serta budaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali Parlimen Gombak, di sini semalam.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mengumumkan peningkatan peruntukan rumah ibadat bukan Islam.

Antara persembahan kebudayaan semasa Majlis Sambutan Deepavali Parlimen Gombak semalam.

Sebelum ini, peruntukan tahunan bagi rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM6 juta dan pada tahun hadapan ia akan ditambah RM2 juta lagi menjadikan keseluruhannya RM8 juta.

Langkah tersebut katanya, bagi memastikan rumah ibadat terus dipelihara, diselenggara dan diberikan sokongan sewajarnya oleh kerajaan negeri.

“Kita bukan kerajaan yang sempurna, ada isu yang tidak dapat diselesaikan serta-merta. Namun dari hari ke hari, kita terus berusaha membawa Selangor ke arah yang lebih baik,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda