Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanPahang

Persiapan Rapi Hadapi MTL

By 15 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 15 Nov (MalaysiaAktif) – Persiapan rapi bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pertengahan bulan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Pelepas konvoi hantar bekalan ke pengkalan hadapan oleh Mohd Sharim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Mohd Shahrim Md Zin berkata agensi-agensi kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap siaga dan menghantar bekalan makanan kering ke Pangkalan Hadapan di daerah ini.

Lori yang mengangkut bekalan makanan kering bersedia untuk berlepas.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga bencana berlaku. Persediaan awal seperti penyediaan bekalan makanan di Pangkalan Hadapan akan memastikan bantuan dapat digerakkan dengan cepat dan teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Flag Off Misi Penghantaran Bekalan Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Daerah Pekan Tahun 2025, di sini semalam.

Sebanyak 20.94 tan bekalan makanan kering dihantar ke 14 Pangkalan Hadapan di Pekan sebagai persediaan operasi yang melibatkan 104 pusat pemindahan sementara (PPS).

-RI

Tinggalkan komen anda