Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kerajaan Peruntuk RM200 Juta untuk Program Kampung Angkat MADANI

By 19 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Abd Samad (Segamat)

SEGAMAT, 19 Nov (MalaysiaAktif) – Sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI melibatkan 200 buah kampung di seluruh negara.

Wakil rasmi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Abdul Khalid Abd Samad berkata daripada jumlah tersebut, RM250,000 telah disalurkan dan selebihnya sebanyak RM750,000 akan disalurkan sebelum akhir tahun ini.

Wakil rasmi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Abdul Khalid Abd Samad berkata daripada jumlah tersebut, RM250,000 telah disalurkan dan selebihnya sebanyak RM750,000 akan disalurkan sebelum akhir tahun ini.

“Ia bertujuan bagi kerja menaik taraf balai raya, gelanggang futsal, surau dan beberapa kemudahan lain.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar juga terus menerima perhatian sewajarnya pemerintah. Ia juga memastikan mereka tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Negeri Johor anjuran ICU JPM di Balai Raya Kampung Bumbun, di sini yang menghimpunkan kira-kira 150 peserta terdiri daripada penghulu mukim serta ketua-ketua kampung dalam Parlimen Sekijang selain penduduk setempat, hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM1 juta pula telah diperuntukkan bagi Fasa 1 pelaksanaan program khusus bagi Kampung Angkat MADANI Kampung Bumbun.

Majlis turut menyaksikan Penyampaian Bakul Kasih MADANI kepada penerima daripada kalangan penduduk kurang berkemampuan selain penyerahan surat setuju terima kepada kontraktor yang terpilih bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di kampung berkenaan.

Turut hadir Pegawai Daerah Segamat Mohamad Izzuddin Sanusi dan Setiausaha Politik Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Silvamala Ganapathy.

-RI

Tinggalkan komen anda