Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Gabungan Hafazan al-Quran, TVET Lahirkan Graduan Versatil

By 29 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Rimee Ismail

AYER KEROH, 29 Nov (MalaysiaAktif) – Gabungan ilmu hafazan al-Quran, kemahiran teknikal dan vokasional tidak hanya menjadikan para hafiz lebih versatil tetapi membuka ruang yang luas untuk menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Pengarah Kolej Komuniti Jasin Sr. Mohammad Kelana Juwit berkata ia juga suatu penekanan dalam keperluan menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai fardu kifayah kerana ia adalah tuntutan masyarakat dalam membangunkan umah masa kini.

Pelbagai program baharu akan dirangka bagi memantapkan lagi inisiatif Tahfiz TVET.

“Kolej Komuniti Jasin memberi jaminan akan terus memperkasa inisiatif berkenaan agar dapat melahirkan lebih ramai hafiz berkemahiran yang bukan sahaja celik wahyu, tetapi juga cekap mengurus realiti,” katanya ketika menjadi panel program Influencer @JAPEN di Jabatan Penerangan Negeri Melaka, di sini kelmarin.

Sebelum ini, kerajaan telah melancarkan inisiatif Tahfiz-TVET  Malaysia pada Mac 2022 iaitu satu model latihan yang membentuk laluan kerjaya bagi pelajar tahfiz serta meningkatkan kebolehpasaran graduan tahfiz dalam pelbagai bidang berkenaan.

Mohammad Kelana Juwit bersama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Mazli Hamdan.

Integrasi itu selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang menekankan pendidikan tahfiz seiring dengan arus perdana, tanpa mengabaikan identiti dan nilai Islamiah.

Usaha kerajaan Malaysia dalam memperkasakan golongan hafiz dengan kemahiran teknikal dilihat mendapat sokongan dalam kalangan masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda